Perkara yang Perlu Diambil kira Dalam Menguruskan Bilik Darjah

Nama: Aisyah Amalin Binti Mohd Zailani

No. Matrik: D20201094126

Kumpulan: 4

Kelas: KPS3014 (N)





PERKARA UTAMA UNTUK MENDAPATKAN SUSUNAN BILIK DARJAH YANG BAIK



4. Kedudukan Guru yang Sesuai

  • Untuk mendapat ruang atau tempat yang sesuai, guru hendaklah mengenal pasti tempat untuk guru berdiri semasa melaksanakan pengajaran.
  • Kedudukan guru yang sesuai di dalam bilik darjah ini boleh dikenal pasti dengan melihat kedudukan papan tulis dan bahan media lain yang digunakan ketika itu.
  • Guru perlu berada berdekatan dengan papan tulis dan bahan media lain yang digunakan agar murid-murid dapat melihat guru dan papan tulis pada masa yang sama dengan jelas dan tanpa gangguan.
  • Kedudukan guru juga bergantung kepada susunan bilik darjah itu sama ada kerusi dan mejanya disusun dalam berkumpulan atau individu.

 Pengajaran Berkumpulan

  • Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
  • Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat.

Tujuan Pengajaran Berkumpulan

  • Memudahkan guru membimbing murid.
  • Menggalakkan penglibatan aktif individu.
  • Memupuk kerjasama antara murid.
  • Memupuk rasa tanggungjawab.
  • Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
  • Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.

Bentuk Pengajaran Berkumpulan

  1. Mengikut kebolehan
  2. Pelbagai kebolehan
  3. Mengikut minat

1.     Kumpulan Mengikut Kebolehan

  • Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
  • Cara mengelompokkan pelajar: Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti PdP dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka.
  • Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
  • Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.

 Kumpulan Pelbagai Kebolehan

  • Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan.
  • Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
  • Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.
  • Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar.
  • Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.

3.     Kumpulan Mengikut Minat

  • Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
  • Misalnya dalam mata pelajaran Muzik.
  • Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

 

Pengajaran Individu

  • Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat.
  • Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh.

Pengajaran dan Pembelajaran Individu

  • Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
  • Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
  • Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Individu

  • Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing.
  • Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya.
  • Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri.

  • Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar.





 5. Simpan Alat dan Bahan di Tempat Yang Mudah dan Cepat Diperoleh

  • Pastikan bahan pengajaran untuk pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh. 
  • Simpan alat di tempat yang sesuai supaya aktiviti pembelajaran boleh dimulakan dengan segera dan mengurangkan masa untuk persiapan dan mengemas semula.  
  • Perkara ini dapat dicapai melalui pengurusan sumber yang sistematik. 
  • Sebagai contoh, buku yang disimpan di rak yang terbuka dan rak ini mestilah mengikut ketinggian murid sekolah rendah agar mudah untuk dicapai oleh mereka.                   

 6. Papan Buletin

  • Papan buletin memberikan ruang untuk mempamerkan hasil kerja pelajar, bahan pengajaran yang berkaitan, tugasan-tugasan yang menjadi contoh untuk pelajar lain, peraturan, jadual waktu, dan lain-lain lagi. 
  • Papan buletin boleh dihias mengikut kreativiti guru dan pelajar dengan kertas berwarna untuk lebih menceriakan bilik darjah. 
  • Perlu diingat bahawa untuk tidak meletak terlalu banyak pameran pada dinding bilik darjah kerana ia akan menampakkan bilik darjah itu sesak. 
  • Artikel atau bahan buletin perlulah ditukar selalu untuk mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama.




7. Penggunaan Ruang
  • Perabot dan peralatan di dalam bilik darjah perlu disusun dengan teratur supaya tidak mengganggu pengajaran. 
  • Untuk merancang penggunanaan ruang bilik darjah ini guru boleh melihat keseluruhan kelas dan membuat pelan susunan. 
  • Guru perlu memastikan setiap murid boleh melihat guru, papan tulis dan layar Over Head Projektor (OHP) dengan jelas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.
  • Sekiranya guru menghadapi kengkangan dari segi ruang, guru perlu menilai penyesuaian yang boleh dibuat.



RUMUSAN

Pengurusan bilik darjah adalah sangat penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu. sebagai seorang guru kita perlulah bijak untuk menguruskan bilik darjah dengan menggunakan teknik yang paling efektif agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai objektif yang dirancang. Guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana yang selesa dan seronok untuk murid di dalam bilik darjah supaya mereka mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.



RUJUKAN 

Anderson, Haji Abdul Manaf, Azizah, Masliyana & Emmer. (2013). Topik 7: Pengurusan bilik darjah. Diperoleh daripada https://slideplayer.info/slide/14134740/.

Asyikin. (2019). Bab 6 Pengurusan bilik darjah.  Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-6-pengurusan-bilik-darjah.


BLOG INI BERSAMBUNG KE BLOG ANIS AINA BINTI ZINUDIN

Comments