ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH & BILIK DARJAH KBSR COVID-19


Nama: Aisyah Amalin Binti Mohd Zailani

No. Matrik: D20201094126

Kumpulan: 4

Kelas: KPS3014 (N)



PENGENALAN

Menurut Carter dan Doyle (2006); di peringkat sekolah rendah, kanak-kanak mula menyesuaikan diri dari alam rumah dan keluarga ke  alam institusi persekolahan formal.  Kanak-kanak di sekolah mula belajar berdikari dan mempunyai lebih banyak autonomi dalam bertindak. Mereka juga akan mula menjalin hubungan persahabatan yang lebih kompleks.  Satu aspek pengurusan bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah adalah susun atur fizikal bilik darjah yang kondusif. Selain itu, untuk bertujuan mengekalkan ketenteraman dan kelancaran perjalanan kelas, prosedur, peraturan dan pelbagai strategi intervensi disiplin dan tingkah laku juga perlu diadakan. Konsep bilik darjah terdiri daripada dua perspektif utama iaitu sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, dan sebagai satu sistem ekologi di mana wujudnya interaksi antara ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah (Choong, 2009). Justeru, pengurusan bilik darjah yang efektif adalah sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat berjalan dengan lancar dan objektifnya dapat dicapai dengan mudah.


1. ELEMEN-ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah

  • Guru memainkan peranan sebagai pengurus.
  • Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual bertugas.
  • Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti PdP.
  • Mengurus Sukatan Pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  • Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu:

 MERANCANG / MENGELOLA / MENGARAH / MENGAWAL


I. Guru Sebagai Perancang.

Elemen Kemahiran Merancang

  • Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung kepada perancangan mengajarnya.
  • Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Kemahiran merancang boleh di kenalpasti daripada ciri-ciri perancangan berikut :

  • Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentu berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.
  • Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke kompleks, bermakna, relevan dan menarik.
  • Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM).
  • Mengutamakan pendekatan berpusatkan murid.
  • Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap.
  • Strategi atau kaedah mengajar harus dapat tingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


II. Guru Sebagai Pengelola

Elemen Kemahiran Mengelola (Mengurus)

  • Tujuan utama mengajar ialah wujudkan aktiviti pembelajaran.
  • Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
  • Aktiviti pengajaran digunakan untuk merangsang murid-murid dan menggalakkan mereka untuk belajar.

2 fungsi utama pengajaran iaitu :

i) Merangsang pembelajaran. 

ii) Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

  • Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, ikut motif atau motivasi.
  • Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang, menimbulkan dan mengerak murid-murid untuk belajar.


Pengurusan Persekitaran Pengarajan dan Pembelajaran

  • Menyediakan ruang utk aktiviti kumpulan atau simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas.
  • Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

 

Pengurusan Bilik Darjah

  • Mengurus rutin bilik darjah.
  • Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mengikut jadual bertugas.
  • Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  • Menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif unutk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

 

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah

  • Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan dan PdP serta kebersihan bilik darjah.
  • Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih dan teratur.

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti berikut:

(a) : Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.

(b) : Mengawal aktiviti kumpulan.

(c) : Mengawal murid bermasalah.


III. Guru Sebagai Pengarah

Elemen Kemahiran Mengarah

Mengarah murid-murid:

  • menjawab soalan guru.
  • mendengar, membaca, menulis & mengira.
  • membentuk kumpulan.
  • menguruskan tugas harian dilik darjah.
  • menjalankan aktiviti pembelajaran.
  • mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah dan sebagainya.



IV. Guru Sebagai Pengawal

Elemen Kemahiran Mengawal

  • Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan PdP.
  • Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pembelajaran tanpa sebarang gangguan.





2. BILIK DARJAH KBSR SEBELUM COVID-19.



Sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia susunan kerusi dan meja bilik darjah KBSR adalah mengikut kumpulan dan memberi penekanan pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid. Hal ini akan membantu murid yang lemah dan mengembangkan lagi kebolehan mereka. Selain itu, saiz kerusi dan meja yang digunakan juga adalah sesuai dengan ketinggian murid-murid agar murid-murid dapat duduk dalam keadaan yang selesa dan seterusnya membantu murid untuk lebih fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 

    Seterusnya, aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat dan murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan sama kebolehan atau berbeza kebolehan. Effandi (1998) menyatakan pengajaran koperatif adalah suatu strategi di mana murid-murid saling membantu antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pengajaran ini berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. 

    Di samping itu, tujuan aktiviti pengajaran berkumpulan ini adalah untuk memudahkan guru membimbing murid dalam bentuk berkumpulan dan menggalakkan penglibatan aktif individu melalui kerja berkumpulan. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran berkumpulan juga akan dapat membentuk kerjasama antara murid, seterusnya memupuk rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid. Di samping itu, murid yang cerdas juga boleh membantu murid yang lemah dan aktiviti pengajaran berkumpulan ini membolehkan guru untuk memberi tumpuan kepada murid yang sama peringkat kebolehan.






Jenis dan Bentuk Kumpulan

1. Kumpulan mengikut kebolehan
  • Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
  • Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
  • Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. 

2. Kumpulan pelbagai kebolehan
  • Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok. 
  • Tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah tetapi dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya. 
  • Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.
  • Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
3. Mengikut minat
  • Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
  • Mata pelajaran Pendidikan Seni dan Muzik.
  • Bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

Kekangan Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
  • Guru tidak dapat memberi perhatian yang saksama kepada setiap kumpulan.
  • Pembelajaran rakan sebaya kurang berlaku, khasnya dpembelajaran mengikut kebolehan.

3. BILIK DARJAH KBSR SELEPAS COVID-19

Seterusnya, selepas pandemik Covid-19 melanda susunan meja dan kerusi bilik darjah KBSR adalah secara individu mengikut penjarakan sosial dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Justeru, melalui susunan bilik darjah secara individu ini, murid dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan dan tahap masing-masing. Tahap dan bentuk pemikiran individu pula adalah berbeza berdasarkan latar belakang seseorang individu. Pendekatan individu bermaksud pengajaran guru yang mengambil kira aspek perbezaan diri pelajar dengan mempelbagaikan kaedah dan kemahiran supaya setiap pelajar berpeluang untuk memperolehi kaedah pemindahan maklumat berdasarkan sifat-sifat diri yang mungkin berbeza daripada pelajar-pelajar yang lain. 

    Seterusnya, pendekatan individu dalam kaedah pengajaran bertujuan untuk mempengaruhi segala aspek diri individu ke arah pembentukan kognitif, efektif dan psikomotor pelajar untuk membentuk perubahan diri yang lebih positif dan merangsang perkembangan diri pelajar secara optimum. (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain, 2008, ms. 152). Selain itu, murid juga akan mendapat panduan khusus daripada guru atau rakan sebaya kerana susunan bilik darjah seperti ini memudahkan guru untuk memberi fokus kepada setiap individu kerana murid-murid ini lebih mudah untuk didekati. 

    Di samping itu, murid akan dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri. Hal ini kerana, apabila susuanan bilik darjah disusun secara individu, murid-murid akan dilatih untuk membuat keputusan sendiri, justeru perkara ini akan lebih menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar, kerana apabila mereka duduk secara indvidu akan mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid. Mereka akan berasa risau apabila melihat rakan-rakan sekelas mereka sudah jauh kehadapan, maka mereka akan mempunyai daya usaha untuk belajar dengan sendiri.



                        

KESIMPULAN

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti PdP dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif. Kemahiran pengurusan bilik darjah adalah sangat pnting di peringkat sekolah rendah kerana sering kali murid-murid akan melakukan perlakuan yang tidak sesuai kerana tidak mendapat asuhan dan didikan yang sedemikian di rumah. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibendung pada peringkat awal oleh guru di sekolah, maka perlakuan murid-murid yang tidak sesuai akan menggugat perjalanan kelas dan seterusnya keberkesanan proses pembelajaran akan berkurang. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang bermula dengan susunan fizikal bilik darjah yang efektif dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran akan membantu memudahkan guru untuk mendidik murid-murid ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan tanpa gangguan. Keadaan bilik darjah yang tersusun boleh membantu guru mengajar dengan lebih berkesan dan murid-murid juga akan dapat fokus semasa proses PdP.


RUJUKAN 

James, A. J. E. (2014). Pengurusan bilik darjah. Diperoleh daripada                                                                     https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=P                            A61&dq=elemen+pengurusan+bilik+darjah+pdf&ots=AaYBvEd1a_&sig=BjNvhlAO                            MMCq6hOsARNFvyXohhk#v=onepage&q&f=false.

Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 66–73. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/10414/1/134-258-1-SM.pdf.

Zaini Abdullah. (2019). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Tanjong                    Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments